23 October 2021

"BUKAN PELIK ATAU 'PSIKO'..." - NORA ARIFFIN ULAS SITUASI LUAH PERASAAN DI KUBUR



"Saya nak kongsi pengalaman yang dilalui dan berdasarkan perkongsian daripada orang-orang senasib dengan saya. Untuk pengetahuan semua, apabila seseorang itu kehilangan atau kematian seseorang yang kita sayangi, perkara sering lakukan selain berdoa, sedekahkan bacaan surah al-Fatihah, surah Yasin dan sebagainya adalah kita ziarah kubur.

"Ziarah kubur tiap-tiap hari, bercakap, mengadu, bercerita, menangis kepada arwah adalah perkara biasa. Bukan pelik atau dianggap 'psiko', depresi atau murung. Ia adalah komunikasi satu hala dan terapi yang sangat melegakan pasangan," itulah tulis penyanyi Datuk Nora Ariffin, 48, yang menganggap situasi meluahkan perasaan di kubur insan tersayang adalah perkara biasa dan bukan 'psiko' atau pelik.

Mengulas menegani perkara tersebut menerusi laman Instagram, Nora atau nama sebenarnya Wan Norafizah Wan Ariffin berkata, mengadu di kubur adalah satu bentuk terapi yang bersifat komunikasi satu hala dan perkara itu sepatutnya tidak dijadikan bahan sindiran terutama yang tidak memahami perasaan individu berbuat demikian.

Klik untuk gambar besar



"Bukan berdosa dan salah pun, asalkan jaga batas-batas tertentu. Pendek kata, yang tak rasa tak akan tahu dan faham. Maka jangan mengata pada orang lain. Lebih baik kita beri kata-kata baik dan sokongan. Pesan dan nasihat saya pada semua, tiada apa pun yang kekal di dunia ini. Apa yang kita ada adalah 'pinjaman' saja. Jangan sombong," katanya lagi.

Terdahulu, Nora berkongsi hantaran gambar kubur suaminya Allahyarham Johan Nawawi di Instagram. Johan yang juga komposer popular meninggal dunia pada 24 Mac 2017 pada usia 52 tahun. Pada 14 Disember 2019, Nora dan keluarga diuji lagi apabila anak keduanya, Alif meninggal dunia secara mengejut pada usia 20 tahun.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: