23 October 2021

SHUK TARIK DIRI DARI MLM 2021 - KUMPULAN TOBAT KINI BERDUA



Ketika sedang seronok bergelak ketawa menonton minggu kedua Maharaja Lawak Mega (MLM) 2021, kelihatan kumpulan Tobat hanya berdua sahaja apabila ahlinya yang lain iaitu pelawak Shuk Sahar tiada bersama.

Enggan terus menjadi tanda tanya, pengacara MLM 2021, Datuk AC Mizal telah mengumumkan mengenai penarikan diri Shuk secara tiba-tiba. Ahli kumpulan Tobat, Bell dan Ropie terpaksa akur dengan keputusan Shuk. Sebelum ini, Yassin menarik diri daripada MLM 2021 dan meninggalkan kumpulan Ori atas sebab peribadi.

Persoalannya, adakah penarikan diri Shuk atau nama sebenarnya Mohammad Shukri Mohamed Sahar, 35, ini ada kaitan dengan isu pelakon Fauzi Nawawi yang sebelum ini dikecam dek kerana berkongsi pengalaman melakonkan adegan 'panas' membabitkan Raja Farah menerusi filem 'Anak Halal'?.

Klik untuk gambar besar



Ini kerana selain Fauzi, Shuk juga turut dikecam disebabkan netizen mendakwa dia menjadi punca pelakon itu tampil berkongsi babak 'panas' yang dilakonkannya. Pertanyaan Shuk yang meminta Fauzi memperincikan babak 'panas' tersebut menimbulkan kemarahan netizen yang kini tidak mahu lagi menyokong karier pelawak itu.

Susulan itu, Shuk tampil memohon maaf kepada semua pihak dan turut berjanji akan lebih berhati-hati dalam setiap percakapan di masa akan datang. Dalam pada itu, Shuk memilih untuk mengunci mulut bagi mengelakkan perkara berkenaan berpanjangan dan tidak berniat melarikan diri daripada masalah itu, sebaliknya enggan tersalah cakap yang hanya mengeruhkan keadaan.












         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: