"Sebenarnya suara saya okay je. Tak perlu menyanyi pakai autotune namun tidak la macam penyanyi hebat. Dulu saya belajar taranum jadi tahu sikit macam mana lontar vokal. Sekarang saya ikut kelas dengan seorang guru vokal bernama Afiq untuk lebih bersedia sebelum rakam lagu," kata usahawan Ahmad Iqbal yang memberitahu dia kini sedang mengikuti kelas vokal sebagai persediaan sebelum memasuki studio.
Sementara itu, Iqbal menyifatkan komposer dan penyanyi rap Caprice seorang yang berlagak apabila hasratnya untuk bergelar penyanyi hampir terbantut apabila penyanyi lagu 'Takda Hal Bro' itu meletakkan harga tinggi bagi sebuah lagu ciptaannya selain meminta dia melakukan perkara yang mengarut dan memalukan diri.
"Caprice ni poyo, syok sendiri... saya minta lagu lain tapi dia nak ikut pendapat dia je. Ada ke patut dia suruh saya nyanyi lagu hip hop lepas tu menari depan orang ramai. Saya nak lagu yang strong dan ada standard, bukan lagu yang ala-ala lagu TikTok. Caprice kata dia nak harga RM600,000 mengarutkan?" ujarnya.
Klik untuk gambar besar
Terdahulu, Iqbal menerusi Instagram memberitahu sudah menghubungi kumpulan Floor 88 bagi bekerjasama dalam menghasilkan lagu untuknya. Iqbal turut berkata, dia meletakkan harapan untuk bekerjasama dengan komposer terkenal seperti Datuk M Nasir yang sudah pasti mencapai standard yang diharapkan.
"Saya dah lock buat lima buah lagu dengan Eric (Floor88). Dia letak harga market dan standard semasa... tak macam orang lain ambil kesempatan dengan saya. Dia jujur dengan saya dan pernah tolong saya masa dekat Aswara dulu. Saya nak balas jasa baik dia. Tapi kalau ikut hati nak lagu daripada komposer yang ada nama macam M. Nasir, baru ada standard," tuturnya.
________________________
No comments:
Post a Comment