15 October 2021

PERNAH RAIH POPULARITI - YASSIN AKUI DIA & SENARIO TAK PERNAH HIDUP MEWAH



"Waktu muda kita belajar dan sampai sekarang pun saya masih belajar. Tak ada istilah rugi, bagi saya untung saja. Bukan senang nak jadi anggota Senario waktu itu. Pernah juga terfikir, kenapa aku ya? Sedangkan ramai lagi pelawak lain tapi mungkin formula yang saya gunakan atau buat dan ikut saja apa mereka suruh maka lawak itu menjadi.

"Saya tak pernah tanya soal gaji dan anggap apa saja rezeki yang datang waktu itu adalah dari Allah SWT. Bukan setakat buat lawak-lawak saja, tapi saya anggap semua itu satu kerja. Dari dulu, saya dan anggota Senario yang lain menjalani kehidupan yang biasa, macam orang lain juga. Tak bermewah-mewah.

"Dulu pun kami bekerja, bukan memiliki semua keuntungan kumpulan Senario kerana ketika itu kami mengikat kontrak dengan syarikat pengurusan Ambang Klasik. Sekarang sejak membuat kemunculan semula pada tahun 2017, Senario kini sudah berdiri di atas kaki sendiri.

Klik untuk gambar besar



"Jadi sebarang projek berkaitan memang kami sendiri yang uruskan termasuk dalam memberi buah fikiran dan sebagainya," demikian perkongsian pelawak Yassin Yahya yang mengakui berasa bangga setiap kali mengenang memori ketika mengecapi populariti luar biasa bersama kumpulan Senario.

Bagi Yassin, 43, perjalanannya bersama kumpulan itu satu kenangan paling manis dalam hidupnya apatah lagi dia adalah ahli terakhir yang diterima dalam kumpulan itu. Selain Yassin, Senario turut dianggotai oleh Azlee, Lan Pet Pet, Wahid, dan Saiful Apek.

Dalam pada itu, pelawak berusia 43 tahun itu turut mendedahkan dia dan anggota lain tidak pernah menjalani kehidupan mewah ketika mereka meraih populariti.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: