15 October 2021

TAMATKAN TUGAS SEBAGAI CEO FINAS - AHMAD IDHAM MOHON MAAF GERAK AWAL



Pada hari ini, Ahmad Idham Ahmad Nadzri bakal menamatkan tugas sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), muali eosk. Ahmad Idham memohon maaf kepada penggiat industri berikutan meninggalkan agensi itu lebih awal.

Ahmad Idham sedar tempoh perkhidmatannya dengan FINAS agak singkat, bagaimanapun, melihat apa yang sudah dilakukan termasuk kerjasama dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia, beliau berbangga sudah memberikan yang terbaik kepada agensi itu.Ahmad Idham berkata, peluang untuk dirinya pergi jauh dalam karier datang terlebih awal.

"Kalau dikira secara menyeluruh, iaitu dari penggal pertama pada Mac 2019, saya berkhidmat untuk FINAS lebih kurang dua tahun setengah. Cuma, untuk penggal kedua ini, iaitu dari Jun tahun lalu sehingga sekarang, hampir 16 bulan. Jadi, pertamanya, saya mahu memohon maaf kepada industri kreatif apabila perlu bergerak lebih awal daripada dirancang...

"Saya (dalam) fasa seterusnya untuk karier saya. Namun, keputusan yang saya ambil ini bukanlah mudah. Selepas berbincang dengan ahli FINAS dan (mendapat) pandangan banyak pihak, saya terima (tawaran baharu)," katanya.

Ahmad Idham memberi contoh inisiatif yang berjaya dilaksanakan seperti Pelan Langkah Segera Ekonomi Industri Kreatif (PELAKSANA), Pakej Rangsangan Industri Kreatif Malaysia (PRISMA), Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) dan Program Peningkatan Kapasiti Kreatif Malaysia (MyCAP).

Dengan insiatif dilaksanakan, Ahmad Idham percaya sudah membina landasan memajukan industri perfileman, cuma apa yang perlu dilakukan adalah meneruskan apa yang sudah dibina.

"Saya bersyukur apabila dimasukkan semula ke FINAS, saya dapat berkhidmat untuk menyelamatkan industri ketika dilanda pandemik COVID-19. Alhamdulillah, saya dapat stabilkan ekonomi dan memastikan kewujudan peluang pekerjaan yang stabil kepada pemain industri," ujarnya.

Namun, Ahmad Idham berkata, bukan tugasnya sendirian, sebaliknya, usaha memajukan industri kreatif adalah hasil kementerian dan sokongan pemain industri seperti 10 persatuan yang bersama MyCAP. Justeru, Ahmad Idham berharap penggantinya dapat meneruskan kesinambungan dan melakukan penambahbaikan dalam tindakan diambil.

Tambahnya, dia mahu terus menjadi 'pemandu' bagi membawa industri kreatif ke persada antarabangsa dalam misi baharu yang menanti. Tugasan baharu Ahmad Idham masih berkaitan dengan dunia seni, kreatif dan budaya yang mahu dibawa ke mata dunia.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: