16 October 2021

VIDA 'CEROBOH' RUMAH JAM 3 PAGI, SIAP BAWA CINCIN - IQBAL TERKEJUT, MARAH PENGAWAL



Semua mengetahui mengenai kisah yang terjadi di antara Ahmad Iqbal dengan jutawan kosmetik Datuk Seri Vida apabila mereka sebelum hangat bercinta sehingga berhasrat mendirikan rumah tangga bersama. Namun semua itu tidak akan terjadi selepas Iqbal tawar hati sehingga membatalkan hasrat berkenaan.

Terkini, Iqbal menerusi muat naik di laman Insta Story miliknya telah memaklumkan dia telah 'diceroboh' oleh Vida dirumahnya sekitar jam 3 pagi tadi. Dalam status tersebut, Iqbal akui terkejut sedangkan dia tidak pernah mendedahkan mengenai alamat rumahnya sebelum ini.

"Kedatangan Datuk Seri Vida tanpa pengetahuan saya. Kali terakhir saya berhubung dengan beliau pada September lalu. Saya keluar tanpa pakaian penuh, kerana fikir adik saya yang ketuk pintu rumah. Alamat rumah saya pun entah dari mana beliau jumpa," tulisnya.

Tidak hanya datang dengan tangan kosong Iqbal berkata Vida datang dengan membawa sebentuk cincin. Menurut Iqbal dia terpaksa melayan kedatangan Vida serta akan memulangkan cincin berkenaan.

Klik untuk gambar besar



"Saya layan sahaja dengan emosi yang tidaklah seberapa baik. Beliau tinggalkan sebentuk cincin, pasti saya tidak akan sesekali pakai. Semestinya saya akan pulangkan kembali, saya sebenarnya penat begini," katanya.

Dalam masa sama, Iqbal turut berkongsikan video memaparkan Vida sedang duduk bercerita mengenai cincin yang dibawa sambil ditemani anak lelakinya, Kacak.

Sementara itu, Iqbal turut menghubungi pengawal keselamatan yang menjaga kediamannya apabila membenarnya orang luar masuk sewenang-wenangnya apatah lagi dia tidak dihubungi terlebih dahulu.

"Saya marah pada security guard. Macam mana boleh mudah lepas walhal ada dua tapisan pondok keselamatan untuk masuk ke kawasan rumah saya? Hanya pemegang kad sahaja yang boleh masuk. Biasanya security guard akan hubungi terlebih dahulu jika orang datang," jelasnya lagi.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: