16 October 2021

BERDEPAN MAUT JIKA LAMBAT - HARRIS ANUAR TRAUMA PAKAI 'TOWEL'



"Doktor kata saya dah stage dua dan hampir nak ke stage tiga... semalam air bisa dah turun ke leher boleh menyebabkan bengkak dan sesak nafas. Saya ditahan wad sebab doktor nak monitor jantung kerana bisa itu sudah masuk dalam darah menyebabkan paras darah menurun yang mungkin menyebabkan jantung perlahan.

"Trauma dah pakai towel, lepas ni memang kena check dulu sebelum guna. Risau kejadian sama berulang," ujar pelakon Harris Anuar yang mengakui trauma memakai tuala (towel) apabila dia berdepan maut jika lambat ke hospital bagi mendapatkan rawatan selepas disengat tebuan pada Jumaat.

Menurut pemilik nama Mohammad Harris Shahrul Annuar, doktor memberitahunya bisa tebuan itu boleh menyebabkan lehernya bengkak dan tidak dapat bernafas.

Klik untuk gambar besar



Pada Jumaat Harris berkongsi detik cemas disengat tebuan yang hinggap pada tuala sebelum disapu pada wajahnya. Bagaimanapun, Harris memberitahu dia sudah dibenarkan keluar daripada pusat perubatan itu pada Sabtu.

Bercerita lanjut, Harris berkata, walaupun nampak gembira tapi dia mengakui berasa bimbang dengan keadaan yang dilaluinya itu. Katanya, dia berkongsi foto dan video keadaannya itu bagi mengelakkan dirinya sentiasa berasa positif dan keluarga tidak risau dengan situasi itu.

"Sebenarnya memang sakit sangat... nampak dalam video saya ketawa. Saya post video ketawa itu pun sebab tak nak keluarga dan rakan bimbang. Jadi, saya kena tunjukkan yang saya okay saja. Walaupun sebenarnya air mata jantan saya mengalir menahan kesakitan. Alhamdulillah, hari ini saya sudah dibenarkan pulang dan bengkak di muka pun semakin surut," katanya.





         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: