Doa dikurniakan anak perempuan akhirnya dimakbulkan!
Demikian halnya dengan penyanyi Asfan Shah yang meluahkan rasa syukur apabila isterinya, Ain Sakinah telah selamat melahirkan cahaya mata keempat mereka, malam semalam. Asfan ketika dihubungi berkata, bayi dan isterinya kini berada dalam keadaan baik dan masih dipantau di sebuah hospital swasta di Shah Alam.
"Alhamdulillah, proses kelahiran anak keempat kami berjalan lancar dan selepas dikurniakan tiga anak lelaki, kali ini kami diberikan rezeki anak perempuan. Bayi itu seberat 2.9 kilogram dan dilahirkan lebih kurang jam 11.30 malam semalam secara normal," katanya.
"Jarak antara anak ketiga dan keempat ini agak jauh iaitu empat tahun. Memang saya berdoa dan pernah cakap dengan isteri, kalau ada rezeki saya nak anak perempuan dan kalau dapat, ini adalah penutup.
Klik untuk gambar besar
"Alhamdulillah, Allah makbulkan doa saya. Saya temani isteri saya di dalam bilik bersalin dan proses itu memakan masa lebih kurang setengah jam," katanya lagi.
Pasangan Asfan dan Ain berkahwin pada 23 Ogos 2012 dan sebelum ini dikurniakan tiga cahaya mata lelaki, Ali Haytham Shah, 8, Ali Wakeel Shah, 6 dan Ali Binyameen Shah, 4.
________________________
No comments:
Post a Comment