24 October 2021

BILA ANUAR ZAIN BUKA AKAUN 'TIKTOK': "KITA SERONOK- SERONOK SAHAJA"



"Hi everybody, I'm new kat TikTok. I welcome myselfto TikTok. Looking forward untuk TikTok yang menyeronokkan. Boleh follow, komen, hanya yang positif sahaja okay.

"Kita seronok-seronok sahaja. Good vibes sahaja, no bad vibes. So kita sama-sama encourage each other, uplift each other dan kita just be positive okay. Love you," itulah kata Anuar Zain di dalam sebuah video yang dimuat naik dimana penyanyi ini memaklumkan dia sudah pun membuka akaun TikTok buat tatapan peminat.

Pengumuman adik kepada penyanyi dan pelakon Ziana Zain itu mendapat reaksi positif daripada wargamaya. Tidak hanya itu, ada peminat yang membuat pemintaan untuk Anuar menyanyikan salah satu lagu popularnya, 'Lelaki Ini'.

Klik untuk gambar besar


Sementara itu, di ruangan komen, ramai wargamaya mengalu-alukan kedatangan Anuar di platform video tersebut. Malah, ramai yang turut berkongsi kenangan menghadiri konsert serta pernah bertemu dengan pelantun lagu 'Sedetik Lebih' itu.

Sehingga kini, Anuar telah mengutip lebih 59,000 pengikut dan telah memuat naik empat video.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: