24 October 2021

SELEPAS DISOLATKAN, JENAZAH PENGARAH MAMAT KHALID SELAMAT DIKEBUMIKAN



Kira-kira pukul 2.26 petang tadi, jenazah Allahyarham Mamat Khalid, 58, telah pun selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Wakaf Masjid Paloh.

Sebelum itu, jenazah pengarah tersohor ini disolatkan di Masjid Jamek Idris Iskandar Shah 1, Sungai Rokam dekat sini. Hadir pada majlis pengebumian tersebut ialah ahli keluarga dan waris terdekat.

Antara rakan selebriti yang memberi penghormatan terakhir termasuk Datuk Awie, Pekin Ibrahim, Zul Ariffin, Khir Rahman, dan ramai lagi turut hadir.

Pemergian Allahyarham meninggalkan isteri, Hasmah Hassan bersama lima orang anak iaitu tiga lelaki, Mohd Khalid Amen, Mohd Khalid Adam, Mohd Khalid Zaffa dan dua perempuan iaitu Sara dan Nurhassanah.

Minatnya terhadap muzik rock mengilhamkan beliau untuk menulis dan mengarah filem Rock pada tahun 2005 seterusnya menghasilkan francais filem 'Kampong Pisang' yang menambat hati peminat filem tanah air.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: