24 October 2021

USTAZ EBIT LEW TAK KISAH DIHINA MANUSIA: "ALLAH NAK PELIHARA PASTI TERPELIHARA"



"Allah Maha Kuasa. Makhluk langsung tiada kuasa. Berkumpul segala kekuatan makhluk nak hancurkan, binasakan, menghina seseorang. Allah nak pelihara pasti terpelihara. Tiada yang berkuasa selain Allah. Tiada yang boleh beri hidup dan mati selain Allah.

"Tiada boleh beri kemuliaan atau kehinaan melainkan Allah. Laailaha ilallah," kata pendakwah terkenal, Ebit Lew akui yang tidak kisah dengan hinaan daripada makhluk terutama manusia yang ingin menghancurkan dirinya.

Ebit Lew percaya hanya Allah sahaha yang berkuasa dan menentukan segalanya jika mahu dirinya terpelihara. Pendakwah bebas itu berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya. Menerusi kemas kini yang sama, Ebit Lew memuat naik sedikit rakaman videonya ketika ini yang sedang bercuti di Switzerland bersama keluarga.

Klik untuk gambar besar



Pada 19 Ogos lalu, Ebit Lew dipanggil polis untuk dirakam keterangan berhubung penyebaran video gangguan seksual dikaitkan dengan pendakwah berkenaan. Bagaimanapun, Ebit ketika ditemui media sebaik selesai memberi keterangan mendakwa dakwaan itu berunsur fitnah kejam ke atas dirinya.

Pada awal Oktober, Ebit Lew dan isterinya sekali lagi dipanggil polis untuk membantu siasatan membabitkan kes sama. Siasatan membabitkan Ebit dijalankan di bawah tiga seksyen iaitu Seksyen 509 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: