Aktivis masyarakat, Kuan Chee Heng atau lebih dikenali sebagai Uncle Kentang, sebelum ini memaklumkan dia terpaksa menutup telefon selama 30 hari selepas menerima nasihat doktor supaya tidak terlalu kuat bekerja hingga menjejaskan tahap kesihatan sama ada fizikal dan mentalnya.
Faktor usia juga menjadi salah satu sebab kesihatan Uncle Kentang semakin merudum. Namun menurut Uncle Kentang, pada usia 58 tahun dia masih belum puas untuk terus membantu orang ramai yang memerlukan.
"Ada kalanya saya jadi marah pada diri saya sendiri, apabila tak dapat bantu... itu saya tak boleh nafikan kerana ia adalah kelemahan manusia. Tapi doktor nasihat supaya jangan banyak berfikir, dia warning kalau tak kawal tahap mental saya boleh terkesan. Jadi kadang-kadang saya rasa kecewa kerana tak boleh dan tak mampu nak tolong orang," ujarnya.
Untuk rekod, Kuan menerima anugerah 'Points of Light' oleh Ratu Elizabeth II di atas usaha murninya membantu golongan yang kurang bernasib baik pada September lalu.
Klik untuk gambar besar
________________________
No comments:
Post a Comment