28 October 2021

TAK SANGKA KAPSYEN JADI ISU - MAWAR KARIM MOHON MAAF JIKA TERGURIS HATI



"Kami terserempak di rumah salah seorang teman di Jeddah. Ketika itu, saya baru sampai, manakala Ashraf sudah mahu beransur pulang. Secara jujur, saya tiada niat mengguris hati sesiapa. Lagipun, kami bukan baru kenal, sebaliknya sudah lama saling mengenali. Secara kebetulan, kami terserempak di tempat asing, jadi saya mengambil peluang bergambar dengannya.

"Bagi mengelakkan salah faham, saya sengaja meletakkan kapsyen tidak serius berbunyi 'ana la thlatha' yang bermaksud ‘saya bukan yang ketiga’, tetapi tidak sangka ia menjadi isu dalam kalangan netizen," itulah jelas usahwan popular Mawar Karim yang memohon maaf andai tindakan memuat naik gambar berdua dengan pelakon Ashraf Muslim itu mengguris hati mana-mana pihak.

Kata Mawar lagi, dia tidak menyangka kapsyen gambar tersebut menjadi apabila ramai berpendapat tindakannya tidak manis memandangkan status Ashraf sebagai suami orang.

Klik untuk gambar besar



Dalam pada itu, Mawar turut menafikan dia ke Tanah Suci Mekah untuk membawa diri susulan pernikahan bekas suaminya, pelakon Fizo Omar minggu lalu, sebaliknya ke sana atas urusan kerja.

"Patah hati dan bawa diri? Saya bukan berhijrah terus, sebaliknya ke Makkah atas urusan kerja. Buat kali pertama saya meninggalkan anak, Wan Maryam Wan Hafizol untuk tempoh lama dan pergi seorang diri.

"Sambil bekerja menguruskan hal dunia, saya tidak menyangka diberi peluang untuk muhasabah dan mendekatkan diri dengan Allah," ujarnya yang pernah mendirikan rumah tangga dengan Fizo pada November 2013, namun bercerai pada Julai 2019 dan dikurniakan anak perempuan, Wan Maryam, kini berusia 4 tahun.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: