28 October 2021

KEMOTERAPI KETIGA - MEMANG SAKIT, TAPI AKAN TERUS LAWAN - ELYANA



“Alhamdulillah. Selesai kemoterapi yang ketiga. Hari ini keputusan darah saya, darah putih rendah 2.0. Jadi kena cucuk pulak energy booster (sejenis ubatan cecair) dekat perut. Apa-apa pun terus lawan,” kongsi Elyana.

“Terima kasih kepada semua yang sudi mendoakan dan beri kata-kata semangat buat saya terus tersenyum.

“Tipulah kalau saya tidak sakit. Tapi saya tetap bersyukur kerana Allah SWT beri saya sakit dan gantikan kebahagian dalam jiwa saya.

“Semoga semangat ini terus memberi manfaat untuk mereka yang sedang sakit. Tidak mengapa, hadapi dengan senyuman,” ujarnya dipetik sebagai berkata selepas mendapatkan rawatan kemoterapi di Pusat Perubatan Subang Jaya, Selangor.

Doa kita, Moga Elyana terus tabah hadapi dugaan Allah SWT ini demi rahmat kesembuhanNya. Amin...

Klik untuk gambar besar


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: