28 October 2021

RAIH PENDAPATAN RM1 JUTA - IMAN TROYE TOLAK TANGGAPAN SUDAH BERGELAR JUTAWAN



Berjaya meraih 4X Platinum bersamaan RM1 juta membabitkan 'talent management revenue' termasuk persembahan dalam lagu 'Teman' dan 'Pejam Celik Hari Raya', penyanyi Iman Troye atau nama sebenarnya Siti Nur Iman Alyssa Sahabudin, 19, bagaimanapun menolak tanggapan orang ramai mengatakan sudah bergelar jutawan atas apa yang dicapai itu.

"Kalau orang anggap saya jutawan berdasarkan jumlah pendapatan itu, bagi saya tidak. Apa yang saya nak utamakan dalam industri ini bukan pendapatan. Tapi, saya nak lebih fokus dan kukuhkan nama dalam industri. Kalau diikutkan saya masih merangkak lagi. Sebolehnya, saya nak orang pandang saya berlari pula selepas ini.

"Malah, banyak lagi yang saya kena terokai. Sejujurnya, saya takut apabila berada pada tahap sekarang, sebab tak tahu lagi apa pandangan orang sebenarnya terhadap saya. Betul saya ada banyak buat silap. Memang manusia buat silap. Tapi, saya buat terbaik untuk belajar daripada kesilapan dan menjadikan ia lebih baik," katanya.

Klik untuk gambar besar



Dalam masa sama, Iman juga melahirkan rasa teruja apabila single baharunya, 'Nang' berjaya mencapai lebih satu juta tontonan selepas dilancarkan secara rasmi pada 15 Oktober lalu. Selain itu, video muzik lagu itu turut berada di kedudukan kelima carta 'trending' YouTube dan Top 10 di aplikasi muzik Spotify.

Single yang menggabungkan genre pop dan klasik itu adalah hasil ciptaan Ezra Kong dan A Ramlee. Single ini juga terbitan XO House Sdn Bhd dengan kerjasama Universal Music Malaysia sebagai pengedar.










         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: