13 October 2021

ELYANA: "ANNIVERSARY KE-11, SAKIT 10 TAHUN... SEMOGA DAPAT TEMAN AWAK DI SYURGA"



Bulan depan anniversary kita yang ke 11 tahun. Saya sakit dah 10 tahun. Umur awak pulak nak masuk 46 tahun. Umur kita beza 12 tahun. Tapi bertahun-tahun,di hati saya awak tetap nombor 1. Terima kasih sudi menjadi teman saya di dunia. Semoga saya dapat teman awak di syurga," demikian tulsi penyanyi Elyana menerusi laman Instagram miliknya.

Bakal menyambut ulang tahun perkahwinan yang ke-11 bulan hadapan, penyanyi yang popular menerusi lagu 'Kalis Rindu' ini turut menitipan kata sayang buat suami tercinta, Khairul Anuar Husin.

Titipan tersebut sekali gus mendapat perhatian peminat yang turut sama meninggalkan komen yang baik-baik buat Elyana sekeluarga. Malah ada juga yang mendoakan moga Elyana terus kuat berdepan ujian.

Sebelum ini, Elyana membuat pendedahan menghidap kanser limfoma tahap empat pada 2017. Elyana dan Khairul Anuar mendirikan rumah tangga pada 2010. Pasangan ini dikurniakan cahaya mata, Cinta Sumayyah, 10, dan anak angkat, Cahaya Ramadhani yang kini berusia dua tahun.

Klik untuk gambar besar







         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: