14 October 2021

WAHHH... SERONOKNYA KELUARGA HAIRUL AZREEN NAIK HELIKOPTER BERCUTI DI PULAU



Umum mengetahui kerajaan sebelum ini telah membenarkan aktiviti rentas negeri, pada Isnin lalu. Dek kerana itu, ramai yang sudah sibuk membuat perancangan untuk pulang ke kampung dan menempah tiket penerbangan untuk pulang ke kampung mahupun bercuti bersama keluarga.

Jika ada diantara kita menaiki kereta atau naik kapal terbang, namun berbeza buat pasangan selebriti iaitu Hanis Zalikha dan Hairul Azreen dimana mereka tidak perlu bersesak dengan orang ramai apabila menempah sebuah helikopter untuk percutian ke sebuah pulau.

Menerusi satu perkongsian video di laman Instagram, Hairul turut membawa anak-anaknya bagi menikmati percutian tanpa perlu bersesak-sesak di lapangan terbang. Dalam entri tersebut, Hairul turut memberitahu percutian itu adalah yang pertama buat anak perempuan mereka, Alisa Aisyah.

Klik untuk gambar besar



Dalam pada itu, Hanis turut berkongsikan video di Instagram berada di dalam helikopter dalam perjalanan menuju ke pulau percutian mereka.Perkongsian pasangan itu mendapat pelbagai reaksi di kalangan rakan artis dan netizen yang teruja dengan percutian mewah keluarga itu.

Untuk makluman, Hanis dan Hairul mendirikan rumah tangga pada 5 Jun 2015 dikurniakan dua cahaya mata iaitu Yusuf Iskandar, 5, dan Alisa Aisyah kini berusia dua tahun.


























KLIK VIDEO DI BAWAH UNTUK TONTON

VIDEO 1 (INSTGARAM HAIRUL AZREEN)



VIDEO 2 (INSTGARAM HANIS ZALIKHA)



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: