14 October 2021

USTAZ EBIT LEW KEMBALI LAKUKAN KERJA AMAL, TERMASUK ZIARAH ELYANA



Menerusi beberepa muat naik video di laman Instagram, pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew dilihat telah kembali melakukan kerja amal. Melihat pada perkongsian tersebut, Ustaz Ebit telah membantu seorang lelaki yang hampir dua tahun menghuni bawah jambatan, dengan menyediakan sebuah rumah sewa baharu kepadanya.

"Ya Allah. Pakcik ni dah lebih 2 tahun duduk sini bawah jambatan). Dulu kerja jual air milo. Tak mampu bayar sewa. Selalu ada polis bagi baju, kasut dan makanan. Terkejut abang ni duduk sini. Menangis tadi cerita cakap seorang diri. Sebelum makan kata mak jom makan. Dah tiada sesiapa dalam hidup. Rindu pada arwah maknya. Tidak kahwin. Dia nak cari kerja dan rumah.

"InsyaAllah dah sewa rumah untuknya. Kami akan bayarkan sewa rumahnya. Doakan dapat cari kerja yang sesuai. Semoga Allah bantu dan mudahkan. Di saat kita rasa diuji. Ada orang lagi berat ujian hidupnya," katanya.

Klik untuk gambar besar



Dalam entri yang yang lain pula, Ustaz Ebit berkata dalam penjalanan beliau ternampak dinasour menari-nari dan meluahkan rasa sedih apabila papan tanda anak-anak muda yang terkesan dengan PKP. Maka dari itu, Ustaz Ebit tampil menghulurkan bantuan dengan membeli dua kotak barang jualan mereka berserta duit belanja.

"Petang tadi (kelmarin) sedang dalam kereta ternampak dinasour ni menari-nari tahan kereta. Tiba senyum tapi sedih tiba-tiba sebab nampak tulisan kami terkesan dengan PKP. Ya Allah tuhanku. Yerlah ramai terkesan dengan sekarang.



"Suka lihat anak muda ini berusaha tarik pelanggan jual badzille cornflakes with salted egg. Saya beli 2 kotak dan beri sedikit duit belanja. Saya tanya membantu ke adik. Jawabnya Membantu sangat ustaz. Ustaz beli sikit ni pun dah membantu. Sedap rasanya. Semoga menjadi asbab kebaikan. Semoga Allah mudahkan hidup adik-adik," tulis Ustaz Ebit.

Sementara itu, semua sedia maklum mengenai keadaan penyanyi Elyana yang sudah 10 tahun menghidap kanser Limfoma dan baru sahaja menjalani sesi kedua kimoterapi. Ramai yang meluahkan rasa simpati dan mendoakan untuk penyanyi lagu 'Kalis Rindu' ini termasuk Ustaz Ebit. Pendakwah ini dilihat telah mengunjungi rumah Elyana.



"Sebak rasa ziarah @elyanaofficial1 suami dan anak-anak. Beliau ceria dan senyum walau kanser yang dilaluinya berat. Subhanallah. MasyaAllah betapa kekuatan dan kebaikan Elyana dan keluarga. Suaminya seorang yang baik dan kuat. Katanya syukur mendapat suami baik yang sudi menemannya dalam keadaan senang dan susah. Katanya setelah melaluinya ini semua ustaz. Saya rasa bahagia dan menikmati ujian ini. Rupanya syukur ubat paling mujarab. Terima kasih pada Allah.

"Ulang kali beliau dan suami ucap terima kasih. Syukur dapat doa dan semangat dari ustaz. Saya sentiasa ikuti cara dakwah ustaz. Dengar ustaz nak sampai terus gembira dan tak sabar nak jumpa.

"Syukur pada Allah. Beliau menjadi asbab kekuatan buat ramai rakyat Malaysia yang diuji dengan kanser dan ujian hidup. InsyaAllah kita sama-sama doakan buat Elyana Allah beri sihat sembuh padanya. Kekuatan dalam melaluinya. Semua ujian hanya kerana Allah sayang," tutur Ustaz Ebit.














         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: