14 October 2021

"TIADA ISTILAH PERAMPAS... JODOH DITENTUKAN ALLAH" - YONNYBOII MINTA IMRAN AQIL 'MOVE ON'



"Saya tak kenal dia secara peribadi dan tiada istilah saya merampas atau perampas pun. Selama ini pun saya memang berkawan saja dengan Nina. Apabila dapat persetujuan dan restu daripada keluarga, kami terus ambil keputusan untuk bertunang. Hubungan saya dengan tunang pun hanya 'go with the flow'. Alhamdulillah, memang jodoh saya dengan dia.

"Cukuplah nak perbesarkan isu ini. Lagipun dia sendiri cakap yang soal jodoh itu sudah ditentukan Allah. Jadi kalau betul-betul dia terima, dia kena la move on dan doa yang baik-baik untuk kami. Lagipun dia masih muda dan ramai lagi bunga dekat luar sana. Ikutkan saya pun malas nak layan isu ini sebab apa yang penting sekarang ini, urusan nak berkahwin sahaja," kata penyanyi rap Yonnyboii 23.

Hujung minggu lalu, Yonnyboii selamat melangsungkan pertunangan dengan gadis pilihan hati bernama Nik Nazira Narriman, 22. Namun, ada cerita tak sedap didengar apabila Yonnyboii dituduh sebagai perampas berikutan bekas kekasih, Nik Nazira, Imran Aqil, 22, terkejut dengan berita pertunangan tersebut sedangkan mereka baru berpisah September lalu.

Tidak hanya berdiam diri, Yonnyboii berkata hubungannya dengan tunangnya sebelum ini hanya sekadang kawan dan tidak timbul istilah merampas. Dalam pada itu, Yonnyboii turut meminta Imran untuk tidak memperbesarkan isu berkenaan apatah lagi mereka akan berkahwin pada 22 Januari depan.

Klik untuk gambar besar



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: