14 October 2021

PENUNGGANG AGAMA 2 - LEBIH KEJUTAN, LEBIH SERAM



Penerbit Astro Shaw dan Skop Productions sekali lagi bergabung menghasilkan filem terbaru dari kesinambungan filem Penunggang Agama yang telah mendapat sambutan memberangsangkan mencecah RM3 juta dan menjadi bualan hangat dikalangan penonton, Penunggang Agama 2.

Menariknya, kali ini filem seram thriller ini menampilkan aksi yang lebih seram dan penuh kejutan. Filem ini akan menemui penonton Di Pawagam Rumah Anda, Astro First bermula 19 Oktober 2021.

Untuk info, filem sekuel ini masih mengekal teraju utamanya iaitu pelakon popular tanah air, Zul Ariffin sebagai Amir, bersama pelakon, penyanyi dan juga pengacara Azira Shafinaz sebagai Anna. Kedua￾dua watak ini telah dikembangkan dan menuntut pengawalan emosi bagi menghidupkan karakter.

Pengarah filem Penunggang Agama 2, iaitu Syafiq Yusof juga meletakkan kejutan menerusi watak tersebut. Selain itu, antara daya tarikan lain bagi filem yang menjalani sesi penggambaran di Cameron Highlands ini adalah watak baru yang diperkenalkan seperti Father Michael yang digerakkan oleh pelakon hebat Tony Eusoff. Beliau berupaya memberikan persembahan terbaik untuk watak seorang paderi.

Klik untuk gambar besar



Penunggang Agama 2 adalah kesinambungan kisah Amir dan Anna yang diganggu oleh Huda akibat dendam lama. Dalam pada masa yang sama, seorang murid Anna hilang secara tiba-tiba.

Seorang paderi bernama Father Michael muncul untuk turut serta mencari anak kecil yang hilang itu tetapi niatnya dicurigai oleh Amir. Dalam pada itu, Amir juga semakin obses dengan kerja sampingannya iaitu merawat pesakit yang terkena gangguan.

Penunggang Agama 2 turut menampilkan barisan pelakon lain iaitu Salina Saibi, Johan As’ari, Dato’ Rahim Razali, Anna Jobling, Puteri Nurqaseh, Burhan Sidqi dan Sharifah Aisyarha.





         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: