14 October 2021

"KAU CANTIK? RAMPAS HAK ORANG TAK RAMPAS? LEMAH? - INTAN JELAS ITU HANYA SUKA-SUKA



Nama bekas madu pelakon Izreen Azminda iaitu Intan Salleh kembali hangat diperkatakan selepas baru-baru ini influencer itu berkongsikan video parodi yang kini viral di aplikasi TikTok.

Video tersebut seolah memerli golongan wanita yang merampas pasangan orang lain: "Kau cantik? Rampas hak orang tak? Rampas? Lemah!" katanya.

Bagaimanapun, ada yang kurang senang dengan konten video berkenaan serta ada yang mengaitkan semula dengan kisah rumah tangganya sebelum ini.

Klik untuk gambar besar



Tampil menjelaskan mengenai video berkenaan, Intan berkata konten tersebut hanya sekadar suka-suka sahaja dan bertanyakan kembali siapa yang meminta maaf ketika siaran Melodi sebelum ini.

"Hi sister, tak payah nak bitter sangat. Ini hanya content sahaja. kalau tak suka boleh scroll laju-laju okay? Dekat Melodi dah minta maaf? Siapa yang minta maaf? Ujian rumah tangga tu ye memang tu semua ujian kita semua ada ujian tersendiri dan lain-lain ujian. Saya cuma nak berhibur sahaja," katanya.

Diruangan komen, rata-rata netizen lebih berpihak kepada Intan apatah lagi dia yang melalui hal tersebut. Malah, ramai bersetuju ayat tersebut memang patut ditujukan kepada wanita perampas.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: