14 October 2021

BILA ZARINA ZAINUDDIN DITEGUR SUAMI, RAKAM VIDEO BERSENAM SAMBIL MELOMPAT



"Assalamualaikum Selamat pagi Khamis. Semuga Allah permudahkan segalanya dalam hidup kita semua. amin. Semalam saya dapat teguran dari suami tentang video saya excersize lompat lompat dalam bilik dengan azal. Suami cakap kita hidup dalam masyarakat, semua nak kena jaga. Akaun IG saya dipantau oleh suami dan anak-anak termasuk anak buah saya.

"Mereka ada id IG saya kalau dirasa tak sesuai dorang terus delete," demikian tulis pelakon Zarina Zainuddin yang mendedahkan dia ada menerima terguran dari suami susulan satu video yang dikongsi di laman Instagram.

Menurut Zarina, teguran tersebut berkaitan dengan rakaman video dia sedang bersenam sambil melompat bersama anak lelakinya, Azal. Pelakon ini turut memaklumkan, dia bersyukur kerana mempunyai keluarga yang prihatin.

Klik untuk gambar besar



"Saya hidup dikelilingi anak-anak lelaki dan anak buah saya pun lelaki, ramai betul bodyguard saya ni. Tak tercapai akal saya untuk berfikir sejauh mereka walaupun saya dah tua tq,” tulisnya lagi.

Untuk makluman, Zarina diijabkabul dengan suami Datuk Seri Abu Raihan Wan Jaafar pada 13 Julai 1993. Mereka dikurniakan empat cahaya mata, iaitu pasangan kembar Muhammad Razil Azrai dan Muhammad Raizal Azrai, 25, serta Muhammad Naim Azraidan, 18, dan Muhammad Adam Azrai, 15 tahun.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: