05 October 2021

HAFIZUL KAMAL, ANAK SULUNG DISAHKAN DIJANGKITI WABAK



"Deria bau saya mula tiada sejak empat hari lalu, namun tak sangka pula saya dijangkiti Covid-19 kerana ingatkan terkena selesema biasa saja. Malah, hidung saya juga tidak berair.

"Saya dan anak disahkan positif Covid-19 pada hari Ahad lalu, namun isteri dan anak kedua pula negatif selepas menjalani ujian saringan. Oleh itu, mereka hanya menjalani kuarantin kendiri di rumah.

"Dalam masa sama, saya turut memantau paras oksigen anak-anak kerana mereka masih kecil. Bila periksa kadar oksigen Raisya, turun ke 94 dan memang sudah bersedia barang-barang nak pergi hospital.

Klik untuk gambar besar



"Buat masa ini, saya dan Raisya hanya menjalani tempoh kuarantin di bilik," kata pelakon filem 'Paskal', Hafizul Kamal yang memaklumkan dia dan anak sulungnya, Raisya Amanda telah disahkan positif Covid-19.

Menurut Hafizul atau nama sebenarnya, Hafizul Ahmad Kamal, 36, punca jangkitan belum dapat dikenal pasti namun, rasa kurang sihat datang selepas dia menjaga ibunya yang demam.

Terdahulu, Hafizul mengesahkan dia dan anak perempuannya itu dijangkiti virus Covid-19 menerusi hantaran yang dibuatnya di Instagram, semalam.







         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: