05 October 2021

MARIA ARSHAD KINI SEMBUH: "RM30,000... MAHAL BUKAN SEBAB RAWATAN C-19 TAPI KOS UBAT-UBATAN"



"Syukur Alhamdulillah, ibu mentua saya kini dah sembuh daripada jangkitan Covid-19 dan dia sudah dibenarkan untuk pulang ke rumah hari ini. Jadi saya bersyukur sangat, dan saya pun dah berjumpa dengan dia, sebab sekarang ni saya di kediamannya," kata pelakon dan penyampai radio, Sharifah Shahirah yang meluahkan rasa syukur apabila ibu mentuanya, pelakon veteran Datin Maria Arshad, 63, kini telah sembuh dan bebas daripada jangkitan wabak Covid-19.

Shahirah yang kini terpaksa menjalankan tugas sebagai penyampai radio Suria FM dari rumah untuk menjalani tempoh kuarantin telah memaklumkan perkara tersebut ketika ke udara di segment Suria Petang, pada Isnin.

Dalam pada itu, isteri kepada pelakon Ijoy Azhari ini turut memaklumkan ibu mentuanya telah mendapatkan rawatan di sebuah hospital swasta di ibu kota. Shahirah mendedahkan kos rawatan ibu mentuanya di hospital berkenaan mencecah nilai RM30,000.

"Saya cuma nak kongsi, ibu mentua saya dapatkan rawatan di hospital swasta dan kos rawatannya mencecah RM30,000, memang mahal dan sebenarnya kalau nak tahu ada juga yang sampai mencecah RM70,000. Mahal sebab bukan rawatan Covid-19 tu tapi sebab kos ubat-ubatan tu yang mahal.

Klik untuk gambar besar



"Macam kes ibu mentua saya, Covid ni dah kacau dia punya sistem darah, dan bila kacau sistem darah dia boleh beri kesan rosak pada organ dalaman. Jadi ubat-ubatan untuk betulkan sistem darah tu yang mahal sebenarnya," ujarnya lagi.

Selain itu, penyampai radio berusia 45 tahun ini bersyukur kerana sehingga kini pihak kerajaan masih menyediakan hospital kerajaan kepada orang ramai yang tidak perlu membelanjakan ribuan ringgit untuk mendapatkan rawatan.

Terdahulu, selepas mengalami demam berpanjangan selama hampir dua minggu, Maria Arshad disahkan positif Covid-19 selepas menjalani ujian calitan pada 25 September yang lalu.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: