05 October 2021

WANY HASRITA TAMPIL TUDUNG SINGKAT - PEMINAT LUAH KECEWA



Wany Hasrita sering dikenali ramai sebagai penyanyi wanita yang sentiasa tampil sopan apabila mengenakan tudung labuh. Ramai netizen menyukai penampilan penyanyi lagu 'Menahan Rindu' itu.

Baru-baru ini menerusi laman Instagram, Wany telah berkongsi foto selepas menjayakan sebuah program muzik bersama rakan artis Sophia Liana. Bagaimanapun, perkongsian tersebut menimbulkan rasa kurang senang peminat.

Tampil dengan busana rona turquoise, Wany ditegur oleh netizen yang mengatakan tudung yang digayakan oleh penyanyi itu agak singkat. Peminat turut meluahkan rasa kecewa dan sedih dengan gaya tudung singkat tersebut sedangkan sebelum ini bertudung menutup dada.

Klik untuk gambar besar



Kata netizen lagi, mereka meminati Wany kerana biarpun bergelar artis namun penampilannya yang sopan bertudung labuh serta memakai handsock. Meskipun foto tersebut dihujani dengan teguran namun Wany tidak memberikan sebarang jawapan balas mengenai perkara itu.

Untuk rekod, Wany menunaikan haji di Tanah Suci Makkah selepas menerima tawaran daripada kerajaan Arab Saudi sekitar Ogos 2019.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: