20 October 2021

BERTARUNG PELAJARI ILMU AGAMA - IKA NABELLA TERKILAN DISINDIR 'TAK LAYAK' TUNAI UMRAH



Sudah lama menyimpan impian untuk menunaikan ibadah umrah semenjak dia berhijrah, pelakon Ika Nabella bagaimanapun meluahkan rasa terkilan menerusi perkongsian di Insta Story apabila dia disindir oleh individu yang cukup sempurna ilmu agama bahawa dia tidak layak untuk mengerjakan ibadah tersebut.

"Seseorang kata yang saya tidak layak untuk kerjakan umrah. Seorang manusia yang cukup sempurna didikan agamanya kata, 'tak layak'. Kata-katanya terlalu melukakan hati saya sampaikan rasa sekarang juga nak tempah. Saya menyimpan impian untuk menunaikan umrah sejak saya berhijrah.

"Saya benar-benar memaksa diri untuk belajar agama, mengaji betul-betul dan belajar tajwid. Bangun pagi sertai kuliah. Demi Allah, saya cuba jadi orang yang lebih baik. Kenapa? Sebab saya lemah. Saya tak pasti tentang orang lain. Tapi saya memang bergelut. Rezeki saya ada ustazah yang selalu ingatkan saya setiap kali kelas. Supaya saya tak lupa dan sentiasa berpegang teguh dengan niat. Tapi orang-orang begini... entahlah.

Klik untuk gambar besar



Dalam pada itu, Ika atau nama sebenarnya Ika Nabila Abdul Rahim turut meminta golongan manusia yang toksik perlu menghentikan sikap buruk mereka apatah lagi sewenangnya berkata sesuatu tidak patut kepada orang lain.

"Tak payah masuk kedai ni, semua saiz S, tak ada saiz gajah. Jangan pakai tudung putih lah, nanti jadi tahi cicak. Perangai macam ni nak pergi umrah? Tak payah berangan, tak layak. Siapa pernah berhadapan situasi di atas? Orang-orang sebegini patut hentikan semua ini. Salah kalau bercakap begitu kepada orang lain. Mereka bukan adik-beradik, pasangan atau kawan rapat kalian! Ini bukan gurauan. Macam manalah nak hentikan semua ini," ujarnya lagi.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: