20 October 2021

MINTA DIPERINCI BABAK PANAS, SIAP NAK BAYANGKAN - NETIZEN KECAM SHUK, DESAK BOIKOT



"Kalau boleh terangkan satu per satu, saya nak bayangkan," itulah kata pelawak Shuk Sahar kepada Fauzi Nawawi selepas pelakon itu berkongsikan tentang lakonannya ketika menjayakan babak panas bersama pelakon Raja Farah.

Tindakan Shuk telah dikecam teruk oleh netizen berikutan dialognya seolah mahu Fauzi menjelaskan lebih terperinci mengenai babak berkenaan. Susulan itu, ada segelintir netizen mahu Shuk yang juga pengacara itu diboikot apatah lagi sering sahaja mencetuskan kontroversi.

Malah, netizen turut kesal apabila Shuk boleh berlawak tentang perkara itu tanpa memikirkan perasaan keluarga pelakon wanita tersebut.

"Shuk itu siap boleh berlawak nak bayangkan lagi benda ini. Tak fikir ke kalau orang lain bayangkan anak atau isteri kau? Guna akallah nak buat kelakar. Fikirlah perasaan ibu bapa dan suami pelakon perempuan itu. Tolong boikotlah mereka," komen seorang netizen.

Klik untuk gambar besar



Sebelum ini, sedutan video TikTok yang memaparkan program talk show menghimpunkan beberapa hero filem Melayu yang berkongsikan pengalaman mereka memegang watak jahat sepanjang bergelar pelakon, telah tular dan hangat diperkatakan di laman Twitter sejak beberapa hari lalu.

Dek kerana itu, Fauzi menerima kecaman teruk sebelum membuat membuat permohonan maaf di Instagram terutama kepada Raja Farah dan suaminya. Mengakui kesilapannya itu, Fauzi berkata dia tiada niat untuk memalukan Raja Farah.

Fauzi berkata sebaik selesai rakaman temu bual tersebut, dia sudah meminta pihak penerbit dan produksi untuk memotong bahagian yang sensitif ketika perbualan. Selain Fauzi, Khir Rahman juga turut memohon maaf.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: