21 October 2021

SAJAT DAKWA DIRABA PEGAWAI AGAMA, TAYANG RUMAH DI AUSTRALIA



Macam-macam tuduhan yang keluar daripada mulut Usahawan kosmetik Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau Sajat, apabila berada di luar negara. Terkini, mulutnya yang bacul setelah mendapat suaka di Australia mendakwa kononnya dia diraba pihak berkuasa agama ketika dipanggil untuk memberi keterangan pada Januari lalu.

Malah dalam temu bual dengan New York Times, Nur Sajat berkata kejadian itu disaksikan ibunya sendiri, yang menegur dan mempertikaikan perbuatan berkenaan oleh seseorang yang sepatutnya alim.

"Mereka melihat tidak salah menyentuh bahagian sulit dan dada saya kerana menganggap saya lelaki," dakwanya.

"Mereka tidak melayan saya dengan belas kasihan atau kemanusiaan," tambah Sajat seolah bebas untuk berkata apa sahaja selepas mendapat perlindungan luar negara.

Tambahnya lagi, ekoran itu, dia membuat laporan polis selepas kejadian tersebut dan beberapa hari selepas itu difahamkan pihak berkuasa memanggil seorang pegawai penguat kuasa agama memberi keterangan.

Dakwa Sajat lagi, ketika disoal sekurang-kurangnya tiga lelaki mengasarinya termasuk meraba dadanya sebelum dia dimasukkan ke tempat tahanan lelaki untuk semalaman.

Tuduhan Sajat itu dilihat seolah 'terdesak melindungi diri' apabila dia berjaya melepaskan diri ke Thailand pada Februari sebelum ditahan kerana kesalahan imigresen dan hampir dihantar pulang ke Malaysia.

Bagaimanapun, semalam dia mendedahkan telah pergi ke Australia, di mana golongan transgender lain dari negara ini juga pernah diberikan suaka.

Malah Sajat juga mendedahkan aktivitinya di Australia dengan menayangkan sebuah rumah baharu di negara yang bakal didiami tidak lama lagi.

"My new home. Tak sabar nak balik rumah baharu," tulisnya di IG.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: