"Ceritanya.. tadi tengah kemas baju-baju lama nak bagi orang.. lepas tu terjumpa jersey lama.. tunjuk kat Ryan dan Juna. Tahu tak ni jersey tahun bila? Ni lah jersey masa mommy dan daddy mula bercinta.. daddy main dengan Negeri Sembilan, lepas tu Daddy buat jersey Negeri Sembilan untuk mommy dan sambung nama daddy dan mommy jadi la nama Airit.
"Hebat tak hebat cinta mommy dan daddy sampai rentas benua lah, teruja mereka dengan sebab Ryan kata lamanya nama. #theairits #airitjr," tulis pelakon yang juga ibu tunggal kepada dua orang anak, Rita Rudaini yang menceritakan asal usul nama permata hatinya, Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna.
Rita menceritakan mengenai momen-momen tersebut menerusi sebuah hantaran di laman Instagram miliknya untuk tatapan peminat.
Klik untuk gambar besar
Menjengah ke ruangan komen, ramai peminat menyuruh Rita untuk menyimpan jersi tersebut dan tidak diberikan kepada orang lain kerana sangat bernilai dan boleh dibuat kenangan.
Untuk makluman, Rita telah bernikah dengan Aidil Zafuan Abd Radzak pada tahun 2008 dan berpisah pada 5 September 2013. Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki yang kini masing-masing berusia 12 dan 10 tahun.
________________________

No comments:
Post a Comment