05 October 2021

KAK KM BENGANG PU SYED KATA BERNIAGA DENGAN CARA DOSA, REZEKI TAK BERKAT



"Aku memang tak puas hati sebab dia cakap berniaga dengan cara berdosa, aku bukan jual benda haram dan kenapa nak cakap aku berdosa dan duit aku tak berkat? Kau jangan ambil kerja tuhan dan ini aku dah cakap banyak kali, bukan nak kurang ajar... aku tak takut nak cakap dengan kau, kalau kau nak datang face to face dengan aku, aku tak takut!

"Kita kena tengok cara orang tegur, kalau cara tegur kurang ajar macam ini, maaflah kalau jumpa depan-depan pun aku memang tak akan hormat kau!" demikian respon usahawan kontroversi iaitu Liana Rosli yang berang dengan tindakan seorang pendakwah selebriti.

Ujar Liana atau lebih dikenali sebagai Kak KM, dia berasa marah apabila individu tersebut mengaitkan sentimen agama dengan perniagaannya. Dalam pada itu, usahawan ini tidak menolak teguran yang diterima namun biarlah ia dilakukan di saluran yang betul.

Sebelum ini, menerusi satu perkongsian di laman Instagram, Pencetus Ummah (PU) Syed telah memaklumkan sering disebut (tag) oleh netizen di media sosial mengenai anak kepada pelakon veteran, Normah Damanhuri itu.

Klik untuk gambar besar



PU Syed berkata seorang netizen sering tag namanya mengenai Kak KM, bagaimanapun pendakwah bebas itu berkata dia sudah beberapa kali memberi teguran kepada usahawan itu. Katanya, seharusnya suami, ahli keluarga terdekat wajib menegur dan menasihati usahawan tersebut agar menutup aurat.

"Untuk makluman, ambe dah beberapa kali tegur kak KM ni.. namun tiada hasil. Kita hanya mampu doa moga dia sedar, tubuhnya itu bukan seperti haiwan yang boleh ditonton senang-senang oleh makhluk lain.. kecuali mahramnya sahaja. Jika dia ada suami.. maka suaminyalah yabg perlu tegur dan jika tak ditegur.. berdosalah dia..bahkan dayus! Tetapi jika dia tiada suami, ibu ayahnya, adik beradiknya wajib menegur," katanya.

Dalam pada itu, PU Syed turut menyentuh mengenai soal perniagaannya dimana jika perniagaan yang dijalankan dengan cara berdosa, rezeki yang dimiliki tidak berkat: "Bahagian dunia ni sementara sahaja.. celaka di akhirat adalah yang paling sengsara.. berniaga dengan cara dosa.. maka rezekimu tidak berkat.. bahkan mendatangkan dosa," ujarnya.

Dalam entri tersebut, PU Syed turut berkongsi cadangan kepada pihak berwajib agar menguatkuasakan pemakaian patuh syariat kepada semua umat Islam di Malaysia: "Ambe mohon pihak berwajib agar kuat kuasakan pemakaian patuh syariat kpd semua umat Islam di Malaysia.. gubal undang-undang agar boleh saman atau penjarakan mereka yg mendedah aurat dikhalayak," tulisnya.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: