25 October 2021

KAK LONG TAK UBAH WAJAH, CUMA MASUK BENANG BAGI ANJAL - AMELINA



Secara terangan, ratu dangdut Amelina telah berkongsi perubahan wajahnya selepas melakukan rawatan wajah secara tanam benang atau Ihreadlift pada rahang dan hidungnya.

Ia dikongsikan oleh Amelina melalui sebuah video secara terbuka menunjukkan proses rawatan memasukkan enam benang ke mukanya yang kelihatan agak menyeksakan. "Kaklong tak nak hidung Angelina Jolie sebab kaklong rasa hidung kaklong paling cantik.

"Kaklong taknak pergi kopak kulit muka kaklong sebab kaklong nak jadi muka budak 16 tahun dah sah-sah kaklong 40-an. Itu merubah namanya bukan membaiki," ujarnya mempertahankan tindakan tersebut.

"Setelah Kaklong dihina selekeh, tak pandai jaga level, gemoklah, do i cares? "Kaklong sekarang menjaga dan menghargai apa yang kaklong ada.

Klik untuk gambar besar



"Kalau `sagging' kita tegangkan, kalau gemok kita kuruskan yang penting jangan kau lapah sana, kopak sini, sumbat segala besi ,plastik segala macam, kikis sana sini, jangan!

"Buat apa yang perlu jangan terlalu obses. Buat sesuatu yang bersifat sementara jangan yang kekal," katanya yang enggan tindakannya itu disalah erti.

Tambah Amelina atau nama sebenarnya Norazlina Amir Sharipuddin, 47, keputusan untuk membuat rawatan itu hanyalah untuk membaiki keadaan wajah dan bukan untuk mengubah rupa bentuk.



"Ada ke nampak yang diubah? natural kan? Tetap muka Amelina tetapi nampak lagi fresh dan tegang dan yang kaklong suka sekali structure kulit kaklong pun elok dah.

"Paling penting hidung kaklong tu lagi terletak macam masa kaklong anak dara," katanya yang menegaskan dia hanya menegangkan kulit tanpa sebarang perubahan.

"Insya-Allah tak, nanti tengok yer before & after. Cuma kulit tegang jer lah pun.


"Kalau adik ada nampak yang kaklong ubah bagi tahu ok. Tunjuk satu-satu sama ada kaklong buang ke atau kaklong tambah", tegasnya lagi dipetik sebagai berkata pada Gempak.

Untuk makluman, rawatan tanam benang (Threadlift) adalah rawatan yang bertujuan untuk mengurangkan kenduran dan lipatan kulit di sekitar kawasan rahang, pipi dan leher. Rawatan ini dianggap sebagai rawatan alternatif yang lebih selamat dan kurang `invasive' berbanding pembedahan `facelift tradisional.

Difahamkan, benang khas akan digunakan untuk menegangkan bahagian kulit yang ingin dicantikkan supaya keadaan wajah akan kelihatan ketat dan anjal, demikian petikan dari sebuah portal hiburan.

Wahh... Jadi anak dara baliklah ibu dangdut kita ni. Tambah mengancamlah nampaknya. Tapi.. ada apa-apa ke tu? Heh.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: