24 October 2021

TIGA TAHUN BERCINTA - SWEET QISMINA & ADAM LEE SELAMAT BERTUNANG



"Ini bukan babak penggambaran drama, kami betul-betul bertunang," kata pelakon Sweet Qismina yang kini sudah selamat mengikat tali pertunangan dengan pasangannya yang juga pelakon, Adam Lee, petang tadi, selepas tiga tahun menyulam cinta.

Majlis berlangsung di sebuah premis persendirian di Ampang, dihadiri 20 tetamu dalam kalangan ahli keluarga masing-masing dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Bertemakan putih dan songket, majlis pertunangan lebih manis apabila Sweet atau nama sebenarnya, Farhanna Qismina Supandi menyambut ulang tahun kelahiran ke-24.

Pasangan sama cantik sama padan ini memuat naik foto pertunangan mereka di laman Instagram (IG) masing-masing. Pada majlis pertunangan itu, Sweet menyerahkan tujuh dulang hantaran berbalas lima dulang daripada Adam.

Klik untuk gambar besar



Sweet berkata, majlis pertunangan itu sudah lama dirancang dan mereka sepakat mengikatnya selama setahun: "Kebetulan majlis pertunangan kami berlangsung dalam 'perang' kempen ABPBH 34. Ini bukan gimik, sebenarnya rezeki. Peminat kami sudah lama menanti ikatan terjalin. Sama juga dengan peminat di Indonesia yang bertanya-tanya 'kapan' (bila) mahu ada ikatan sah.

"Jadi, ini mukadimah sebelum kami melangkah ke fasa seterusnya. Perancangan atau keputusan untuk berkahwin belum ada lagi. Kita selesaikan yang ini (bertunang) dahulu. Lagipun, sektor kreatif sudah kembali aktif selepas kerajaan melonggarkan SOP. Ini masa untuk kami bekerja semula," jelasnya.

Hubungan pasangan ini dikatakan mekar selepas Sweet mempelawa Adam menemaninya menghadiri Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) ke-31 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 2018. Sebelum itu, mereka digandingkan dalam drama 'Adam Chempaka'.





         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: