24 October 2021

SAHAM AKHIRAT, PENTINGKAN KEBAHAGIAAN SUAMI - EZLYNN SANGGUP LENGKAPKAN 'MADU 4'



Kebiasaannya wanita di luar sana tidak sanggup hidup bermadu, namun lain pula bagi penyanyi Ezlynn apabila dia mahu mencari madu atau 'isteri baharu' untuk suaminya, Wan Mohd Hafizam Wan Ismail lagi. Ezlynn atau nama sebenarnya Azline Ariffin, 39, yang dihubungi berkata, keputusan itu dibuat kerana dia terlalu menyintai suaminya yang merupakan penderma hati pertama negara, selain mahu mencari 'saham akhirat'.

"Dalam Islam pun membolehkan lelaki berkahwin empat. Saya nak cukupkan suami saya ada empat isteri. Kalau ada yang sanggup bermadu dengan saya, boleh terus mesej di Instagram. Kita hidup hanya sementara, mesti kena gembira. Jom mengorak langkah menuju 'jannah' (syurga). Saya mengangkat sunnah Rasullullah SAW, dan saya yakin boleh hidup bermadu," katanya berterus terang.

Penyanyi lagu 'Hi Hi Bye Bye' ini yang bernikah dengan Wan Mohd Hafizam pada 11 September lalu itu mengakui, dia sudah mula bertanyakan beberapa orang individu dan ada yang sudah bersetuju untuk menjadi madu baharunya.

"Cuma saya masih lagi cari yang sesuai untuk dia. Suami memang tahu berkenaan perkara ini kerana saya mengutarakan 'hajat' dan kami sudah bincang mengenainya. Sebab itulah saya putuskan nak cari madu yang baik dan sesuai, yang sudi terima saya sebagai madu juga. Maksudnya berkahwin dengan saya sekalilah dan bukan dengan suami saja. Sebabnya, nanti banyak perkara perlu dilakukan oleh kami bersama," ujarnya.

Klik untuk gambar besar



Tambah Ezlynn lagi, mereka mengangkat sunnah Rasullullah SAW dan dia amat mementingkan kebahagiaan suaminya: "Kebahagian suami penting bagi saya. Dalam dunia ini saya dah tak perlu apa-apa lagi. Saya nak cari saham akhirat saja. Mana-mana yang boleh saya dapat reda Allah dan 'syafaat Rasulullah', saya akan ikut. Inilah hadiah buat suami saya," tuturnya.

Ezlynn sebelum ini berkata suaminya memiliki ciri-ciri lelaki idamannya, kerana dia mencari seorang imam dalam hidupnya. Detik perkenalan Ezlynn dan Wan Mohd Hafizam, 45, bermula apabila sama-sama terbabit dalam aktiviti amal dalam sebuah badan bukan kerajaan (NGO) pada tahun lalu.

"Saya tertarik dengannya sebab hatinya. Dia orang yang hebat bagi saya dan tak berkira serta banyak membantu orang. Dia bukannya buat untuk dunia, tapi lebih kepada akhirat," katanya.


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: