09 October 2021

"KEJAP BUKA KEJAP TUTUP, PENING AKU..." - NETIZEN TEGUR NORA DANISH



Pelakon Nora Danish menerusi laman Instagram miliknya telah berkongsi beberapa keping fotonya anggun berbaju kurung dan bertudung litup. Perkongsian tersebut kebanyakannya mendapat respon positif daripada peminatnya termasuk rakan selebriti.

Difahamkan, Nora terbabit dengan sesi fotografi jenama pakaian tempatan di beberapa lokasi di sekitar ibu kota. Malah, ramai juga yang memuji kejelitaan Nora yang nampak lebih muda, tenang dan persis beberapa selebriti tanah air antaranya Mira Filzah.

"Ini barulah perempuan Melayu terakhir." - "Cantiknya Nora pakai baju kurung, teruskan berpakaian macam ni barulah cantik." - "Macam anak dara… cantik sangat."

"Tentu hati rasa tenang kan pakai macam ni." - "Muka macam Mira Filzah pun ada, manis… sejuk mata memandang," antara pujian netizen.

Klik untuk gambar besar



Namun, ada juga yang terus menasihati Nora untuk teruskan usaha menjaga aurat dan berpakaian sopan.

"Dah pakai macam ni tolong jangan buka dah macam hari tu dedah aurat. Tolong sangat-sangat," rayu netizen.

"Kejap buka kejap tutup, pening aku sebagai netizen. Korang jangan kecam aku cakap je, sebab cantik bila dia tutup, bila buka mata aku auto jadi sedih," luah salah seorang pengguna di ruang komennya.

Terdahulu, aksi daring Nora ketika bercuti di pulau peranginan Langkawi, Kedah mendapat reaksi kurang menyenangkan daripada kalangan wargamaya.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: