09 October 2021

'WELCOME BOARD' TERSEBAR - 21 OKTOBER TARIKH NIKAH KAMAL ADLI & UQASHA?



Peminat berteka-teki dengan tarikh pernikahan pasangan Kamal Adli dan Uqasha Senrose selepas tular majlis bridal shower dan bachelorette party sepanjang minggu ini.

Ada yang membayangkan pasangan yang telah selamat melangsungkan pertunangan April lalu itu bakal meraikan hari bahagia mereka dalam tempoh terdekat ini.

Terkini, spekulasi itu semakin jelas apabila 'welcome board' majlis pernikahan pasangan itu tular di laman sosial TikTok baru-baru ini sejak Jumaat.

Dalam video yang dikongsikan pemilik akaun @kadgalericinta itu, terpapar nama Kamal dan Uqasha untuk majlis yang tertera Oktober 21. Namun, tarikh sebenarnya tidak ditulis pada kad yang diukir khas itu.

Ada yang berandaian tarikh yang dimaksudkan adalah 21 Oktober namun ada dalam kalangan pengguna platform berkenaan menjelaskan angka 21 itu bermaksud tahun 2021.

Klik untuk gambar besar



"Bila agaknya tu kan? Wah mesti meletop wedding of the year," tulis pengendali akaun @kadgalericinta terbabit.

Selain itu, tanda pagar #kamaluqasha, gabungan nama sempena meraikan pasangan pengantin turut digunakan. Difahamkan, welcome board menggunakan material kayu itu terpaksa dibikin semula ekoran kesalahan ejaan nama Uqasha menjadi Uqasya pada papan tersebut.

Terdahulu, Kamal telah melamar Uqasha di pentas Anugerah MeleTOP Era (AME2020) yang berlangsung Disember tahun lalu. Kisah hubungan cinta pasangan itu mula menjadi bualan apabila digandingkan dalam drama Setelah Terlafaznya Akad pada tahun 2019.

Untuk makluman, pasangan itu pernah memaklumkan persiapan perkahwinan mereka sudah 80 peratus siap dan bakal mengadakan tiga majlis resepsi termasuk di pusat peranginan tanah tinggi terkenal.





         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: