09 October 2021

KAK KM: "BARU LEPAS BERCERAI... FAHAM TAK ADA JOB" - LUFYA: "KERASNYA HATI... MOGA ALLAH TEGUR"



"Dia lagi kesian sebab dia tengah susah, aku faham... aku pernah jumpa dia. Sekarang pula dia baru pakai tudung, baru lepas bercerai, kita faham tak ada job. Tapi tak payahlah dengan cara bercakap pasal aku untuk menaikkan rating kau. Bukan pakai nama aku untuk dapatkan job ye.

"Aku tak kisah, tapi umpamanya aku ni jahat sangat...," kata usahawan dan anak dramatis popular Normah Damanhuri, Liana Rosli atau mesra disapa Kak KM ketika siaran langsung Instagram pada Jumaat, yang tampil membidas semula teguran penyanyi dan pelakon Lufya terhadapnya di laman Instagram.

Kak KM, dia memahami situasi Lufya menegurnya sebelum ini, dengan harapan untuk menumpang kisahnya yang kini sedang viral. Berikutan itu, Lufya kemudiannya memberi respon di atas kenyataan usahawan itu dan berharap sikap keras hati itu akan diberi teguran oleh Allah S.W.T kelak.

Klik untuk gambar besar



"Bila orang alim, pendakwah tegur cakap mereka ni nak glamor tumpang populariti. Bila selebriti beri pandangan dikatakan baru bercerai mungkin takde duit nak bela anak. Subhanallah kerasnya hati manusia. Walaupun diberi kasih sayang keluarga, kekayaan, kesihatan tapi jangan lupa semua itu datangnya dengan izin Allah. Patuhlah perintah Allah!

"Yakinlah rezeki halal tanpa memperdagangkan tubuh dan maruah adalah lebih baraqah. Jangan keterlaluan demi mengejar kekayaan yang terlalu sedikit di dunia ini. Moga Allah 'TEGUR' dan menjadi pelajaran buat kita semua umat ISLAM untuk melihat hikmahnya," ujar Lufya bersama tanda pagar #nomoreiklanlucah #kitabenciapayangAllahbenci #pengikutrasulullah.

Terdahulu, Lufya tampil menegur tindakan keterlaluan Kak KM yang kerap memuat naik iklan berunsur lucah di media sosialnya. Kata Lufya, tindakan sedemikian boleh mempengaruhi pemikiran golongan muda. Selain Lufya, dua pendakwah terkenal PU Syed dan Ustazah Asma' Harun turut tampil menegur tindakan Kak KM secara terbuka.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: