31 October 2021

KELAKAR - LAGU BELUM KELUAR, SUARA IQBAL DAH DIKUTUK MACAM 'PONDAN PENCEN'



Esok dikatakan sebagai tarikh istimewa bagi Iqbal kerana bakal melancarkan single lagu pertamanya berjudul Hujan. Menurut Iqbal lagu tersebut berkisahkan mengenai perjalanan hidupnya yang penuh ranjau duri.

Namun entah bagaimana, , Iqbal dilihat sempat memuat naik IG Live DSV bersama pengarah, Michael Ang di mana pengarah itu seakan ‘mengutuk’ dirinya dengan mendakwa suara Iqbal seperti ‘pondan pencen’.

"Nantikan sahaja lagu saya yang bakal keluar esok.

"Saya tidak pernah mengganggu mana-mana pihak apatah lagi menggunakan nama pengarah itu untuk marketing sampah seperti yang didakwa.

Klik untuk gambar besar



"Saya menghormati Michael sebagai orang lama dalam industri. Namun, apabila saya dikatakan ada sakit jiwa adakah perkara itu baik?" soalnya dipetik sebagai berkata melalui media sosial.

Bagaimanapun, ramai yang meneka kemungkinan lagu Iqbal itu juga akan sama seperti lagu DSV dulu yang agak kayu, tangkap muat dan untuk marketing semata-mata.

Apa-apapun... Kita tunggu sahaja esok untuk jawapannya. Michael yang betul ke, atau Iqbal yang betul. Heh.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: