31 October 2021

KENA 'SCAM' PENJUAL BARANGAN BAYI DI IG - ALMY NADIA BUAT LAPORAN POLIS



Pelakon Datin Almy Nadia baru-baru ini telah ditipu oleh scammer yang menyamar menjadi peniaga dalam Instagram. Berang dengan tindakan scammer tersebut, Almy nekad membuat laporan polis bagi mengelakkan lebih ramai yang menjadi mangsa.

Dalam video yang dimuat naik suaminya, pelakon Datuk Fizz Fairuz menerusi Instagram, Almy dilihat menangis kerana menahan geram ditipu sebanyak RM570 oleh scammer yang kononnya menjual kereta sorong bayi (stroller).

"Kali ini tiba-tiba hendak beli barang dalam Instagram, ingat nak sokonglah konon. Saya jarang beli barang dalam Instagram. Bagi saya, banyaklah kena tipu RM570," kata Almy yang menurut Fizz sudah biasa membeli-belah secara dalam talian.

"Siap pakai foto Ain Edruce sebagai gambar profil akaun Instagram. Kononnya, Ain pernah beli dengan dia. Orang ini Indonesia katanya, sebab sudah periksa dia ada banyak akaun jual 'stroller'. Awas semua!" ujar Fizz yang memberi amaran kepada orang ramai.


Klik untuk gambar besar



Tambah Almy lagi, sebelum ini dia hanya aktif membeli barangan di aplikasi Shopee dan tidak pernah melalui Instagram. Menurutnya, dia membayar RM570 untuk membeli 'stroller' (kereta sorong) dan 'baby cot' (katil bayi) yang ditawarkan dengan harga murah untuk anak keempatnya yang bakal lahir nanti.

"Ini kali pertama saya kena. Tak tahulah kenapa saya tiba-tiba tergerak hati nak 'shopping' di Instagram. Okeylah saya nak juga cuba. Sekali makan diri. Tak sangka saya akhirnya kena tipu. Nak buat macamana tak ada rezeki. Saya kena reda. Saya nak barang ini dihantar guna Lalamove, tapi tiba-tiba dia kata barang dah dibungkus dan kena bayar lagi RM1200.

"Katanya ia wajib dan mesti bayar. Saya macam pelik kerana tiada pula surat yang ditandatangan nak kena bayar atau dalam Instagram itu kata kena tambah jumlah bayaran lagi. Saya bertegas tak nak bayar namun, dia kata kena usaha bayar juga jumlah ini. Saya kata tiada wang sebanyak itu dan minta pulangkan semula wang tapi dia dah tak baca mesej," jelasnya.



Bercerita tentang kejadian, Almy bagaimanapun tidak berputus asa apabila cuba menghubungi individu terbabit namun, langsung tidak dilayan dan terus menghilang.

"Dari loghatnya saya percaya dia orang Indonesia. Ramai yang mesej saya di Instagram beritahu cerita sama. Siapa yang mesej dia di Instagram (individu itu) hari ini semua disekatnya.

"Saya sebenarnya tak pasti harga penuh barangan ini. Katanya lebih RM1000 dan dia bagi diskaun untuk dua barang. Apabila buat promosi begini memang nampak murah. Rupanya dia 'scammer'," katanya yang akan membuat laporan polis pada malam ini.






         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: