29 October 2021

"KENAPA 'PERDAJAL' REZEKI ORANG...!" - FAUZIAH NAWI BENGANG DULU SATU EPISOD RM800, SEKARANG RM250



"Saya tak nak dedahkan siapa produksi dan siapa anak seni mengadu tapi tolonglah, mengapa bersikap kejam sampai begitu! Tak baik aniaya orang seni sebegini dan memburukkan industri kita yang memang sudah sedia tenat. Zaman saya dahulu sekitar, 1980-an, sebuah episod boleh dapat bayaran RM800 kenapa sekarang turun sampai RM250?

"Kenapa perdajal rezeki orang seni sampai tahap begini! Tak baik bagi cerminan buruk ini buat anak-anak yang baru nak kenal industri," kata pelakon veteran popular, Fauziah Nawi yang meluahkan rasa kecewa terhadap situasi dialami sesetengah penggiat seni tanah air mengenai soal bayaran yang tidak masuk akal.

Menurut Fauziah, dia berang dengan tindakan sebuah produksi drama yang enggan didedahkan identitinya yang hanya menawarkan bayaran RM250 untuk satu episod yang disifatkan tidak logik. Dalam pada itu, Fauziah turut mempersoalkan sikap kebanyakan produksi yang memilih kasih apabila sanggup membayar tinggi kepada Instafamous.

"Kalau instafamous’, mereka bersungguh-sungguh bayar sampai RM3000 hingga RM5000 satu episod. Orang yang ada ilmu seni dianiayai sampai bayaran tak masuk akal (RM250 satu episod)," ujarnya.

Kata Fauziah lagi, dia tidak kisah sekiranya kelantangan suaranya membuatkan produksi tidak mahu lagi mengambilnya berlakon kerana percaya bahawa rezeki daripada Allah.

Terdahulu, menerusi satu perkongsian di Facebook Fauziah mendedahkan ada produksi drama mengambil kesempatan untuk membayar sebanyak RM5000 untuk 20 episod bermakna bayaran seanyak RM250 untuk satu episod.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: