"Dia sangat prihatin dan menjaga kesihatan, emosi dan mental saya serta sentiasa memastikan saya dalam keadaan yang baik.
"Kalau saya sakit atau tidak sihat, saya tak risau sebab saya ada dia yang menjaga saya dari hujung rambut hingga ke hujung kaki," demikian puji Neelofa terhadap suaminya, Pencetus Ummah (PU) Riz.
Bagi setiap wanita, ciri-ciri inilah yang mereka idamkan. Siapa tak mahu seorang suami yang penyayang dan sentiasa mengambil berat tentang kebajikan mereka.
Namun, ada juga komen-komen di laman sosial yang memperkecilkan kebahagiaan rumah tangga mereka itu.
Dakwa mereka, tujuh bulan mendirikan rumah tangga, bukan ukuran untuk memuji kerana ia masih mentah dan belum melalui asam garam sebenar.
Klik untuk gambar besar
"Baru-baru memang cam tu dah lama-lama besok dah tak jaga hujung rambut.. ke hujung kaki ke pandai-pandai kita jaga diri kita... kalau baru-baru kahwin, kentut busuk dia kata wangi," ujar netizen bernama Yurma.
"Kereta kalau belum setahun memang lah kejap2 nak cuci tunggu bila nanti ada sebahagian yang dah karat atau getah longgar baru dia tau dalam longkang jangan sangka tak ada buaya," komen yang lain pula seolah berseloroh.
Untuk makluman, Neelofa berkongsikan rahsia tersebut melalui satu sesi siaran langsung bersama Fauziah Gous baru-baru ini.
Moga Neelofa dan (PU) Riz akan kekal sebegitu meskipun dah ada anak ramai sekalipun. Bukan apa, mungkin lain padang lain belalang kan?
________________________
No comments:
Post a Comment