Penyanyi Nourul Depp yang kini menjalani kehidupan baharu bersama keluarga di pulau peranginan popular, Bali, Indonesia itu mengakui semakin serasi dengan tempat berkenaan, selepas lebih sebulan berhijrah.
Sebagai seorang ibu, tentu hati dan perasaan Nourul sentiasa teringat pada puteri sulungnya, Ayu Nazirah, tambahan pula ketika adik-adiknya sering bertanyakan bila kakak mereka akan datang.
Walaupun amat merindui Ayu, 23, yang difahamkan sedang mengendalikan program Divakurus by Nourul Depp di Kuala Lumpur, penyanyi yang terkenal menerusi lagu 'Kerana Terluka' itu berkata panggilan telefon dan video menjadi pengikat kasih antara mereka yang terpisah beribu batu.
Sementara itu, Nourul atau nama sebenarnya Noorul Huda Abdul Wahab, 44, berkongsi mengenai anak-anaknya yang lain dimana mereka kini sudah mula bersekolah di sana sekali gus membuatkan rutin harian mereka bertambah aktif, namun pada masa sama teruja bertemu rakan baharu dan mendekati budaya di sini.
Klik untuk gambar besar
"Melihat anak-anak seronok berkongsi cerita di sekolah serta melihat perkembangan sekeliling dengan rasa gembira menjadikan momen yang kami lalui kini semakin menyeronokkan. Cuma sebagai seorang ibu, tentu hati dan perasaan saya sentiasa teringat pada puteri kami, Ayu tambahan pula ketika adik-adiknya sering bertanyakan bila kakak mereka akan datang.
"Apa pun, panggilan video mendekatkan kami seperti sedang berborak seperti biasa malah boleh dikatakan hari-hari kami berhubung dan bertukar cerita seolah-olah duduk serumah. Walau jauh di mata, Malaysia tetap di hati dan harapan saya tidak kira di sini mahu pun di negara tercinta, situasi yang serba mencabar ini menjadi bertambah baik seperti dahulu.
"Lebih sebulan di sini saya turut berpeluang mengenali ramai rakan baharu termasuk masyarakat tempatan, warga Itali, Perancis dan ramai lagi yang mendekatkan kami dengan pelbagai budaya," tuturnya.
Terdahulu, Nourul merealisasikan impiannya dan suami, Eric Daniel Depp sejak tiga tahun lalu untuk berpindah ke pulau peranginan itu demi anak-anak mereka. Sebelum ini, ramai pernah tertanya-tanya punca puteri sulungnya tidak menyertai mereka dan Nourul memaklumkan perkara tersebut melibatkan proses dokumentasi selain anaknya itu bukan di bawah umur.
________________________
No comments:
Post a Comment