04 October 2021

MAKAN MALAM SEMPENA HARI JADI - IZARA AISHAH DIPUJI CANTIK, BUSANA SEPERTI NAK NIKAH



"Pergi dating ke pergi nikah ni cantiknya.. - "Salam, cantiknya awak! Macam nak pergi nikah..," demikian pujian yang diberi peminat selepas melihat pelakon Izara Aishah tampil dengan busana putih ketika sesi makan malam berdua bersama suaminya, Adib Khalid di sebuah restoran bertempat di ibu kota.

Jelas Izara, makan malam berdua itu diadakan bersempena ulang tahun kelahirannya yang disambut pada 28 September yang lalu. Momen indah itu turut dikongsikan Izara menerusi beberapa hantaran di media sosial untuk tatapan peminat dan juga pengikut media sosialnya.

Dalam foto tersebut, Izara telah mengenakan sepasang jubah putih longgar putih berseri dengan tudung labuh di belakang berona kelabu cair. Sehingga kini, perkongsian tersebut mendapat puluhan ribu tanda suka daripada pengguna media sosial.

Untuk makluman, Izara telah mendirikan rumah tangga bersama anak tiri penyanyi tersohor negara, Adib Khalid pada tahun 2017. Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Irisa Alaia yang kini berusia setahun setengah.

Klik untuk gambar besar










         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: