27 October 2021

MESKIPUN DICACI TIADA JOB, NAMUN RITA RUDAINI TETAP DAPAT TAWARAN STESEN TV



Enggan nanti dipersalahkan, Rita Rudaini mendakwa telah menolak tawaran sebuah stesen televisyen untuk muncul dalam rancangan mereka.

Ini kerana, pelakon itu mendedahkan terdapat sebuah stesen yang menawarkan kemunculannya untuk tujuan promosi.

Dia yang hingga kini masih belum mendapatkan suntikan vaksin enggan menerima tawaran tersebut kerana tidak mahu menjadi mangsa kutukan atau akhirnya terjebak dipersalahkan gara-gara pilihannya itu.

"Ada stesen TV ni nak sistur muncul untuk promote...mmm.

"Bila pulak ya nak guna orang tak vaksin, tak takut ke sistur nanti mengancam nyawa. Sorry, lamberttt lagi," tulisnya di IG.

Klik untuk gambar besar



Tambah Rita, kemunculan di TV mahupun secara dalam talian tetap dikira sebagai perkhidmatan orang yang tidak mendapat vaksin.

"Muncul kat TV ke online ke offline ke, kira guna perkhidmatan orang tak vaksin juga, job juga tu ya.

"Sistur taknak jadi penyebab atau punca kes naik, so adil kan," tambahnya.

Untuk makluman, Rita sebelum ini sering menjadi mangsa cacian akibat enggan mengambil vaksin. Meskipun begitu, dia tetap tabah dan selesa digelarkan sebagai prosafe dan bukannya antivaksin.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: