Baru-baru ini, menerusi perkongsian di laman Instagram, Reen Rahim telah memuat naik gambar dirinya menerima sebentuk cincin daripada seseorang yang tidak dikenali. Hantaran tersebut membuatkan ramai peminat berteka-teki dengan status pelakon itu.
Melihat pada ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan artis turut menitipkan ucapan tahniah dan mendoakan agar urusan Reen dipermudahkan. Namun, ada juga netizen yang mendakwa tindakan Reen tersebut sebagai satu gimik untuk projek seni dan perniagaan yang diusahakannya.
Ketika ditanya berhubung perkara tersebut, Reen atau nama sebenar Noreean Ashikin Abdul Rahim, 32, meminta agar peminatnya bersabar sehingga minggu depan berhubung spekulasi bahawa dia telah dilamar seseorang yang berjaya menambat hatinya.
Klik untuk gambar besar
Pelakon 'Pujaan Hati Kanda' itu berkata ada peminat yang masih menghantar pesanan kepadanya untuk bertanya sama ada benar atau tidak dia telah dilamar seseorang.
"Saya akan jawab semua persoalan November nanti (minggu depan). Buat masa sekarang saya harap semua peminat dapat bersabar. Buat masa sekarang, biarlah saya mengunci mulut dahulu daripada memberi sebarang komen lanjut," katanya.
Juara pertandingan realiti Pilih Kasih musim ketiga itu sebelum ini pernah menjalin hubungan cinta jarak jauh dengan seorang jejaka yang dikenali sebagai Mr. AR sekitar tiga tahun lalu.
________________________
No comments:
Post a Comment