26 October 2021

UNCLE KENTANG TUTUP TELEFON 30 HARI: "SAYA MUNGKIN KENA PENYAKIT SAKIT JIWA"



"TUTUP TELEPON 30 HARI. Hotline kami 03 80656666. Doktor pesan saya munkin kena penyakit sakit jiwa jika saya continue listen to phone calls. Satu hari tak kurang 100 phone calls masuk dengan pelbagai masalah. Satu lagi ialah watapps mesej.

"Dari kena rogol, kena dera, kena tinggal suami, kena tinggal isteri... kena tinggal anak, sakit kanser, sakit stroke, sakit luka, gelandangan, bil letrik air tak mampu bayar, tak ada makanan, perlu katil hospital dan kerusi roda, kena buli dengan jiran, tak ada duit ke universiti, masalah tak ada laptop, masalah tak ada kerja dan tak ada tempat tinggal, masalah nak kena usir keran tak bayar sewa, kena scam dalam pinjaman ah long, kena scam dengan boyfriend kayangan, nak bunuh diri.... nak kasi anak sama saya... adui adui... macam macam, kes bogel dan lucah, kes kena tipu oleh majikan, kes tipu oleh rakan kongsi, kes pecah amanah oleh pekerja, pekerja mengadu boss,

"Adui... doktor suruh saya rehat. So mulai esok handphone saya akan di tutup selama 30 hari. Hanya handphone emergency sahaja di buka untuk kes kemalangan. I cuba tenangkan diri I sebelum balik berkhidmat," tulis aktivis Kuan Chee Heng atau lebih dikenali sebagai Uncle Kentang yang membuat pendedahan yang mengejutkan ramai pihak apabila dia memberitahu dirinya berisiko untuk mengalami masalah mental.

Klik untuk gambar besar



Hal tersebut telah didedahkan oleh tuan badan sendiri di akaun media sosialnya iaitu Facebook baru-baru ini. Menurut beliau, doktor telah memberi bayangan bahawa dia berkemungkinan akan mengalami masalah sakit jiwa jika masih menjawab panggilan telefon.

Dalam pada masa sama, Uncle Kentang turut memaklumkan bahawa dirinya bakal menutup telefon miliknya selama 30 hari supaya dapat merehatkan diri secukupnya.

Sekadar info, Kuan mula dikenali ramai apabila sering kali terlihat banyak membantu golongan susah dengan memperkenalkan pelbagai idea dan inisiatif baharu.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: