27 October 2021

MUAT NAIK VIDEO MENARI - NETIZEN TEGUR QUE HAIDAR JAGA AURAT ANAK



"Ratu's 12th birthday," tulis pelakon Que Haidar yang berkongsi video tarian bersama anak sulung perempuannya, Tengku Ratu Haidar bersempena sambutan hari lahir yang ke-12, menerusi platform TikTok.

Video yang mencapai lebih 1.2 juta tontonan di laman sosial tersebut telah mencuri perhatian ramai dimana rata-ratanya memuji wajah Ratu kelihatan comel dan sangat mirip dengan penyanyi popular Selena Gomez sewaktu muda.

Malah, ada yang terubat rasa rindu mereka kepada ibu Ratu, guru tari dan koreografer hebat, Linda Jasmin ketika melihat dia menari. Dalam pada itu, tidak terkecuali ramai yang memberikan teguran supaya pelakon filem Rock itu menjaga aurat anak perempuannya.

Untuk makluman, Que dan Linda berkahwin pada 14 Februari 2009. Pasangan tersebut dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Tengku Ratu Haidar dan Tengku Cleopatra Haidar, 9. Linda juga memiliki seorang anak lelaki, Qalif Khan hasil perkahwinan sebelum ini.

Klik untuk gambar besar








         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: