27 October 2021

"PADA SAYA 'SEDANG ELOK' TU TAK ADA 'DOUBLE MEANING'..." - SHUK TETAP TERUSKAN SAMAN



"Dakwaan yang dikeluarkan oleh wanita tersebut sama sekali tidak benar. Pada saya rakaman video yang saya sedang bercakap 'sedang elok' tu saya langsung tak ada merujuk apa-apa yang double meaning. Iyalah umur 18 tahun, betul la sedang elok mengenal hidup... itu maksud saya, takkan nak cakap 'sedang buruk'.

"Saya akan teruskan dengan saman. Saya memang akan ambil tindakan kepada dia dan sekarang masih dalam perbincangan dengan peguam," itulah kata pelawak Shuk Sahar yang tampil menjelaskan keadaan sebenar dimana tuduhan wanita dikenali sebagai Ayu Aziz itu sama sekali tidak benar.

Dek kerana itu, Shuk atau nama sebenarnya Mohammad Shukri Mohamed Sahar, 35, tetap akan meneruskan mengambil tindakan undang-undang terhadap perkara berkenaan demi menjaga reputasinya.

Nama Shuk sebelum ini kembali panas apabila tiba-tiba muncul seorang wanita yang mendakwa menjadi mangsa gurauan 'double meaning' pelawak itu ketika ditemuramah di sebuah stesen radio. Wanita berkenaan menerusi laman Twitter telah memuat naik video ketika adiknya menjadi tetamu jemputan dalam sebuah program radio tempatan tahun lalu dan mendakwa Shuk membuat gurauan dengan menggunakan perkataan 'sedang elok' merujuk kepada perkara berbaur lucah.

Klik untuk gambar besar



Dalam pada itu, Shuk menganggap tuduhan tersebut merupakan satu provokasi yang tidak berasas yang bertujuan untuk menjatuhkan nama dan kerjayanya. Menurutnya, susulan insiden berkenaan, dia menerima banyak mesej berunsur hinaan dan menjejaskan perniagaan serta nama baik keluarganya.

"Pada saya dia cuba provok apabila isu Rumah 107 ni keluar. Saya ada hantar mesej peribadi kepadanya, saya tak ingat dia siapa, tiba-tiba dia keluarkan satu video yang saya tak pernah interview dia pun. Perkara ini beri kesan kepada saya, saya jadi jadi tertekan, bisnes saya terjejas teruk.

"Sampai ada orang datang beli air kata 'ini air siapa? air si budak masalah tu ke? Dia buat sampai netizen tak henti-henti hentam saya, maki hamun saya, keluarga dan mendoakan benda yang tak elok kepada saya. Saya rasa tindakan dia sangat melampau," tambahnya lagi.

Kata Shuk, tindakan wanita itu meneruskan provokasi dengan mendedahkan perbualan mesej peribadi benar-benar menguji kesabarannya. Katanya, dia akan memohon maaf jika perkara yang berlaku itu benar-benar atas kesilapannya.


"Saya pun tak nak cakap banyak sebab saya pun dah cuba DM dia untuk bercakap elok-elok, dan DM saya tu pun digunakan untuk provok. Perbualan tu privacy, sepatutnya perbualan private antara saya dengan dia la. Saya manusia biasa dan tahu takkan lari daripada melakukan kesilapan.

"Apabila saya sedar benda tu salah macam isu Rumah 107, saya sendiri akan akan minta maaf. Cuma saya minta doakan yang baik-baik. Saya belajar dengan kesilapan yang berlaku. InsyAllah saya akan cuba jadi orang yang lebih baik," ujarnya.

Jelas Shuk lagi, lebih membuatkan dia kecewa apabila mendakwa wanita tersebut turut mengaitkan keluarganya dalam hal tersebut: "Dia siap mendoakan lagi supaya dua orang anak perempuan saya dipermainkan dengan lawak lucah. Masa tu nanti dia kata saya boleh senyum dan bertepuk tangan," katanya.

Dalam perkembangan isu babak 'panas' pada sebuah program televisyen baru-baru ini, Shuk selaku pengacara rancangan itu memberitahu, dia sudah hadir memberi kenyataan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Bagaimanapun Shuk memberitahu dia tidak dibenarkan berkongsi sebarang info berhubung siasatan kes tersebut.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: