27 October 2021

MILA TAK SETUJU ANAK SERTAI UJIAN



Menerusi muat naik di laman Instagram, penyanyi dan usahawan, Mila Jirin mengakui dia tidak bersetuju dengan rancangan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin untuk menjalankan ujian klinikal vaksin COVID-19 Sinovac terhadap kanak-kanak berusia tiga tahun hingga sebelas tahun.

Mila menegaskan bahawa dirinya bukan seorang anti-vaksin, namun kali ini dia tetap dengan pendiriannya dengan tidak akan sesekali membenarkan satu-satu anak lelakinya, Mohd Ariff Zikri, 4, menyertai ujian tersebut.

"MAAF KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) kami ibu / bapa TAK AKAN BIAR KAN ANAK ANAK KAMI sertai UJIAN. Harap maklum. I am not anti vak or pro vak.. i am vaccinated.. to achieve Herd immunity... But for a child " I SAID NO !!" tulisnya.

Semalam, Khairy berkata mengenai rancangan itu dalam jawapan bertulis di Parlimen kepada soalan Wong Kah Woh (PH-Ipoh-Timur) sama ada KKM sudah meneliti kesesuaian serta keberkesanan vaksin COVID-19 untuk kanak-kanak yang berusia bawah 12 tahun.

Klik untuk gambar besar







         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: