27 October 2021

TEPIS DAKWAAN MALAS & MANJA - SAKINAH ENGGAN MEMANDU LAGI DEK PENYAKIT ADHD



"People don't get it when I decided NOT TO DRIVE anymore. I can drive, got a legit license, been driving for 6 years and people just labelled me as lazy or spoilt. Masa driving tak boleh nak focus, berangan, careless, makin tua makin paranoid, anxiety semua ada. Naik grab or mintak orang lain drive is a better choice walaupun tak convenient.

"Duduk jadi passenger pun drama. It's just a more responsible choice. Tuhan tarik nikmat bebas driving ke mana-mana tapi takpalah ada hikmahnya, ada rezeki lain," itulah kata pelakon Sharifah Sakinah yang mengambil keputusan tidak memandu kereta kerana sering hilang fokus disebabkan penyakit yang dihidapinya iaitu Attention-Deficit Hyperactivity Disorder atau ADHD.

Penghidap penyakit ini kebiasaannya mengalami masalah kurang daya tumpuan dan hiperaktif. Sakinah, 32, kini dalam rawatan untuk penyakit gangguan tersebut. Berkongsi perkara itu menerusi hantaran di laman Instagram, Sakinah telah memuat naik sebuah foto gambaran bagaimana risiko bagi seseorang yang menghidapi ADHD sekiranya memandu.

Klik untuk gambar besar



Pelakon drama 'Girlfriend Aku Dari Neraka' itu berkata tujuannya berkongsi hal ini bagi menepis dakwaan orang sekeliling yang melabelkan dirinya terlalu malas dan manja kerana tidak mahu memandu.

Terdahulu, Sakinah memberitahu telah pun menyedari penyakit itu selepas tamat persekolahan. Katanya lagi, dia mempunyai masalah untuk memberikan tumpuan dan sukar untuknya fokus dalam melakukan tugasan harian walaupun hanya untuk berbual panjang.






         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: