27 October 2021

FILEM 'PASIR SALAK BERDARAH' - FINAS 'HADIAH' DANA KEPADA KELUARGA ARWAH MAMAT KHALID



Pembikinan filem epik bertajuk 'Pasir Salak Pasir Berdarah' masih belum dijalankan penggambaran meskipun skrip sudah siap sepenuhnya sejak 2017, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) akan mengadakan perbincangan bersama ahli keluarga pengarah tersohor, Allahyarham Mamat Khalid untuk menjalankan penggambaran filem berkenaan.

Kata pengerusi FINAS, Zakaria Abdul Hamid, pihaknya akan memberi pembiayaan kepada ahli keluarga arwah untuk menyiapkan satu skrip filem berunsurkan kenegaraan.

"Bukan tertangguh, semuanya sudah siap, cuma filem Pasir Salak Pasir Berdarah belum sempat menjalani penggambaran sahaja lagi. Insya-Allah, FINAS akan memberikan sokongan sekiranya anak arwah, Mohd Khaled Amen berani untuk meneruskan kerja penggambaran, tahun depan.

"FINAS boleh mempertimbangkan dana membiayai filem berkenaan. Ia mungkin sebagai hadiah terhadap jasa arwah Mamat untuk industri perfileman," katanya.

Klik untuk gambar besar



Zakaria berkata, pihaknya mempelawa Mohd Khaled Amen berbincang dengan FINAS pada masa hadapan. Jelasnya lagi, penggambaran filem boleh dijalankan pada tahun hadapan sekiranya waris bersedia.

"FINAS mempelawa anak arwah berbincang bagaimana cara kaedah untuk FINAS membantu pembikinan filem ini. Penggambaran filem epik ini memerlukan perbelanjaan kira-kira RM4 juta.

"Untuk tahun ini, dana yang diperuntukkan sudah habis, tetapi FINAS boleh mempertimbangkan dana sekiranya waris bersiap sedia menyiapkan pembikinan filem ini, tahun depan. Skrip sudah lama siap, semua lengkap, cuma mahu menunggu pembikinan filem," ujarnya.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: